Khamis, 16 April 2009

Solat lah kawan- kawan ku!

Assalamualikum
n selamat sejahtera..
Syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi beri aq
peluang dan nikmat Islam untuk terus hidup berjuang
di bumi yang penuh dengan nikmat dan peluang..
Junjungan besar keatas nabi Muhammad (pbuh)
dan para sahabat juga para tabi'in yang telah
bersusah payah menyebarkan agama Islam yang tercinta
dengan darah sehingga umat sekarang dapat menikmati
Islam dengan penuh harmoni dan damai..
Syukur kehadrat Ilahi, kerana aq dapat meneruskan
kehidupan aq kat Multimedia University yang serba
mencabar mental, fizikal dan rohani aq, dengan pelbagai
anasir- anasir yang cuba melalaikan aq
tidak lupa juga kepada Syaitan yang direjam
yang tidak henti- henti cuba menggoda aq dari malam hinggalah
ke siang dan juga dari siang hingga lah ke malam
pada hari ni, aq ingin berkongsikan dengan apa yang
aq dengar, apa yang aq lihat, dan apa yang aq fikir...
topik yang berkisahkan kehidupan seseorang manusia
manusia adalah khalifah yang diamanahkan oleh
Allah SWT untuk menguruskan bumi ini dan untuk
beribadah kepada ny seperti di dalam firman ny

"tidak Ku jadikan manusia dan jin hanya untuk beribadah kepadaKu"

dengan ayat yang telah diturunkan kepada manusia
jelaslah matlamat kita sebagai manusia dan juga hamba kepadaNya
tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepadaNya
itu yang utama, tetapi manusia zaman sekarang makin lupa dan makin lupa
terhadap apa itu tujuan mereka hidup di dunia
mereka sudah lupa tentang kemana matlamat terakhir mereka
berjudi, minum arak, sex bebas dan lain- lain
semua sudah menjadi biasa kepada masyarakat sekarang
di Multimedia University..
aq cuba meluahkan perasaan aq kat korang...
di pandang dari sudut yang paling basic..
SOLAT!!
aq memang cukup kecewa ngan diri aq
semenjak aq masuk ke MMU, solat subuh ku
mula tunggang langgang, xtentu arah dan
mula lena ngan keenakkan berdengkur daripada
sujud menyembahkan diri di hadapan Allah SWT
aq taw aq manusia yang lemah, n aq cuba untuk
memperbaiki diri aq sendiri..
kadang2 aq rasa pelix..
kenapa mereka di MMU ni xmau solat dengan sengaja
sedangkan Allah SWT telah menegaskan bahawa
solat ini merupakan tiang agama terhadap seorg muslim
jika seseorang penganut agama Islam tetapi
tidak mahu solat, adakah seseorang itu layak masuk syurga??
yes, betul, kita boleh bertaubat, dan hanya Allah sahaja
yang menentukan syurga n neraka seseorang
tetapi kita kena ingat, mati or ajal kita tidak mengira waktu
adakah kita mahu mati didalam keadaan tidak bersolat??
adakah kita mahu meninggal dalam keadaan yang hina
ingatlah manusia- manusia sekalian..
diri kita ini sebagai hamba, dan hamba perlu buat
seperti hamba, jangan lawan tauke (Allah SWT) okay!
cuba kita fikirkan,
jika kita ada orang gaji yang telah kita upah
menggunakan duit kita,, namun
orang gaji itu ingkar dah terus mengingkari arahan kita
tentu kita mahu merejam orang gaji kita hidup2 kan??
tapi ingat r manusia, Allah xmacam tu,
Allah ini "Ar-Rahman Ar- Rahim"
kembali r kepangkal jalan..
JazakAllah Khair
:)

mat top


2 ulasan:

Gadis Najlaa berkata...

this is such a good effort n reminder mattop. teruskan perjuangan. aku suka tagline blog ni.. aku nak jadi org biasa yg junjung Islam di dada.. teruskan berjuang. jgn kenal erti lelah..

FCD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.